Tuesday, September 16, 2014

12 Jun 2014



12 Jun 2014.

Hari ini 16 September 2014. 3 bulan 4 hari dah berlalu dari tarikh keramat itu.

Tarikh yang paling menyakitkan bagi aku. Tarikh aku kehilangan orang yang paling aku sayang selepas mama dan nenek. Tarikh aku dikejutkan dengan berita yang paling aku tak sangka aku akan dapat semasa di Johor. Tarikh aku memandu macam nak gila dari Skudai ke KL semata-mata nak jumpa dia dalam keadaan masih bernyawa. Tapi sayang, dah tertulis, di tarikh ini, tepat jam 11:05 pagi, dia tinggalkan segala kesakitan yang ada pada dirinya, keperitan hidupnya tanpa kedua belah kaki. Pada tarikh ini, kami adik beradik kehilangan seorang insan bergelar bapa. Pada tarikh ini, mama kehilangan pasangan hidupnya. Pada tarikh ini, keluarga kami hilang ketuanya. Tarikh yang aku takkan lupa sampai aku lelapkan mata.

Tarikh bapaku pergi menghadap Penciptanya.

Dah 3 bulan Bah. I miss you even more. Perit tu masih ada. Tapi, angah tetap redha. Semuanya ketentuan Allah SWT. InsyaAllah, kita jumpa jua di syurga satu hari nanti. Alfatihah buat arwah Babah.

Abd Rashid bin Muhamad (7 Disember 1957 - 12 Jun 2014)